Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket

Saturday, August 27, 2011

seni sulaman manik

Apa yang aku faham tentang seni sulaman manik ialah membuat hiasan pada baju menggunakan manik dan labuci. Aku taklah pakar sangat dalam seni ni tapi aku sanagt minat.....belum tahap gaban kata budak2 sekarang. Rasanya dah lebih 2 0 helai baju yang aku jahit manik. Jahitan manik aku pun biasa-baisa aju tak macam orang lain punya dgn crumbel dan macam2 istilah. Bila jahit manik ni otak kita kena banyak berfikir sebab nak menghasilkan satu karya seni...macam pelukis juga bukan senang nak melukis.

Nak jahit manik ni pun kena ada seni kalau tak ....tak cantik dan menarik. selalunya nak cak cari idea sikit punya susah, dah cucuk manik berulang kali pun tak jadi2...asyik2 buka tapi bila dah dapat idea tak boleh berhenti...laju sebab nak tengok hasil.

Masa mula-mula jahit manik aku memang tak tahu langsung adab dan peraturannya ....buat ikut suka sebab tak berguru tapi selepas mengikut satu kelas jahitan manik kat Kolej komuniti Jasin, barulah aku tahu rahsianya. Kalau dulu aku jahit hanya menggunakan benag dua lapis aje tapi setelah berkursus barulah aku tahu paling elok guna benang 4 lapis supaya mantap. Manik ikut pilihan sendiri.

Menurut buku jahitan manik, Rosita Jaafar manik ada mcam2 ada yang bulat, selinder dan sebagainya tapi aku lebih suka menggunakan manik bulat sebab senang. Manik selinder bukan aku tak suka tapi aku tak suka bentuk potongannya yang aku rasa tak sempurna nak macam nak rosakkan jahitan...tak kisahlah yang penting menjahit manik.

No comments:

Post a Comment