Sunday, December 9, 2012

Durian Crepe



Punyalah semangat nak masak durian crepe....ikut resepi yang guna 5jenis tepung...Tapi malangnya tak jadi sebab whipp topping tak ada yang ada whipping cream aje.....Frust...akhirnya aku makan sendiri tak ada orang nak makan...hehehe

LASAGNA LAGI

Seperti yang dijanjikan ku buat lasagna lagi pada 2 Disember sebab mila, sabri dan hisham balik rumah.....Lepas masak aje berebut makan...

baru siap masak

Licin

Thursday, November 15, 2012

SALAM MAAL HIJRAH




ini yang berlaku sekarang


Tuesday, November 13, 2012

TELUR GORENG MASAK ACAR


Hari ni merupakan cuti sekolah dan cuti hari depavalli...tak tahu nak buat apa..anak aku seorang dah pegi Langkawi dan seorang lagi dah pegi keja...tinggal dgn amir aje...boring...boring...boring

Bila aku duduk rumah memang tak keluar rumah langsung kaki ni tak cecah tanah langsung...hujan pulak dok mengadap rancangan masakan kat afc dan tlc...sekejap2 tukar kat 703 atau 707...seronok juga tengok rancangan masakan ni.

Nak masak tak tahu apa nak masak..perut dah lapar...tengok kat dapur ada rempah acar..hentam ajelah nak masak apa...Akhirnya ini yg jadi...masak telur goreng acar, tapi sayang cair sikit...arwah mak buat pekat...Tulah masa ada dia tak nak belajar...sejak mak pergi dapur dah tak macam dulu...masak pun hanya buat syarat aje...jangan tak makan nak be;i tak larat .....mahal

Masak ikut bahan2 yang ada tulis kat plastik ...hentam ajelah labu...

KEK TIRAMISU SIMPLE


Ini merupakan kek tiramisu ke enam yang aku buat. Dah lama teringin nak makan kek tiramisu ni...last sekali makan masa tahun 2008 kat smk seri mahkota...ada seorang anak murid yg bawa.....best. Cari punya cari akhirnya aku jumpa satu resepi kek tiram misu yang sangat simple dan mudah tak payah susah nak buat keknya...hanya beli kek sponge aje...Kalau tak silap harga kek tiramisu kat secret recepi adalah RM 84.00 ...mahal tu tapi dengan resepi yg aku jumpa costnya tak sampai macam tu lebih kuran RM 25.00 aje..tentu tak percayakan.

Kek sponge - RM 3.70
Whipping cream - RM 8.00
Cheese cream - RM 12.00
tambah dgn gula 1/2 cawan, serbuk koko, air nescafe, esen vanilla dan sedikit tenaga elektrik dan tenaga nak masak...tak adalah harganya mahal


Resepi kek tiramisu

bahan-bahan membuat kek tiramisu yang simple daripada http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2011/11/tutorial-buat-tiramisu-simple.html

bahan-bahan:-

Bahan A
250 g cream chese
250 g whipping cream
1/2 cawan gula halus 1 sudu teh esen vanilla

pukul sehingga kembang

Bahan B
kek sponge-dibelah 2, masukkan potongan pertama dalam bekas

1/2 cawan air suam
1 sudu teh nescafe, masukkan nescafe dalam cawan dan basahkan kek dengan air nescafe

Bahan C
serbuk koko

Cara membuat

sapukan lapisan kek dengan Bahan A hingga rata dan taburkan bahan C diatas lapisan kek.

Masukkan kek tadi keatas lapisan kek, lembapkan dengan air nescafe.

sapukan dengan lebihan bahan A dan taburkan serbuk koko dan simpan dalam peti ais sebelum dimakan

terima kasih kepada blog cahaya cinta....sedap



Ini adalah bahan-bahan membuat kek tiramisu

My first kek tiramisu



Wednesday, October 3, 2012

CREAM PUFF

Semalam hati ini begitu nak makan cream puff...balik sekolah terus cari resepi kat internet...Akhirnya aku pilih satu resepi. Sikit punya suka masa membuatnya tapisayang seribu kali sayang...cream puff yang kuharapkan tidak menjadi dan menajdi masalah oven turtu tidak boleh digunakan, rosak kot...maybe dah lama, rasanya dah hampir lebih 5 tahun berjasa...akhirnya dia pegi juga...apa nak buat cream puff dah diadun, akhirnya terpaksa guna periuk serba guna...Frust betul resepi yg digunakan menyebabkan cream puff berminyak dan tak boleh dimakan...ke tong sampah jua...

Cream puff

Oven yang banyak berjasa

KUIH KERIA DAN JEMPUT2 IKAN BILIS

KUIH KERIA

JEMPUT2 IKAN BILIS

Ini adalah kuih yang aku beli khas sebagai sedekah pada anak2 murid kerana Ayu dapat 9A dalam percubaan PMR