Tuesday, November 13, 2012

KEK TIRAMISU SIMPLE


Ini merupakan kek tiramisu ke enam yang aku buat. Dah lama teringin nak makan kek tiramisu ni...last sekali makan masa tahun 2008 kat smk seri mahkota...ada seorang anak murid yg bawa.....best. Cari punya cari akhirnya aku jumpa satu resepi kek tiram misu yang sangat simple dan mudah tak payah susah nak buat keknya...hanya beli kek sponge aje...Kalau tak silap harga kek tiramisu kat secret recepi adalah RM 84.00 ...mahal tu tapi dengan resepi yg aku jumpa costnya tak sampai macam tu lebih kuran RM 25.00 aje..tentu tak percayakan.

Kek sponge - RM 3.70
Whipping cream - RM 8.00
Cheese cream - RM 12.00
tambah dgn gula 1/2 cawan, serbuk koko, air nescafe, esen vanilla dan sedikit tenaga elektrik dan tenaga nak masak...tak adalah harganya mahal


Resepi kek tiramisu

bahan-bahan membuat kek tiramisu yang simple daripada http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2011/11/tutorial-buat-tiramisu-simple.html

bahan-bahan:-

Bahan A
250 g cream chese
250 g whipping cream
1/2 cawan gula halus 1 sudu teh esen vanilla

pukul sehingga kembang

Bahan B
kek sponge-dibelah 2, masukkan potongan pertama dalam bekas

1/2 cawan air suam
1 sudu teh nescafe, masukkan nescafe dalam cawan dan basahkan kek dengan air nescafe

Bahan C
serbuk koko

Cara membuat

sapukan lapisan kek dengan Bahan A hingga rata dan taburkan bahan C diatas lapisan kek.

Masukkan kek tadi keatas lapisan kek, lembapkan dengan air nescafe.

sapukan dengan lebihan bahan A dan taburkan serbuk koko dan simpan dalam peti ais sebelum dimakan

terima kasih kepada blog cahaya cinta....sedap



Ini adalah bahan-bahan membuat kek tiramisu

My first kek tiramisu



No comments:

Post a Comment