Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, August 22, 2011

seni jahitan - baju Melayu dan baju kurung


Hasil kerja tanganku untuk adikku Haniza sekeluarga, tiap2 tahun jahit dgn aku. Untuk baju satu keluarga biasanya siap tapi untuk hari berikutnya akan disiapkan pada malam raya .

Aku suka menjahit dan sejak aku masih sekolah lagi aku dah menjahit baju sekolah aku sendiri. Cuma selepas SPM aku pegi belajar menjahit dengan KEMAS dan dengan Kak Maria. Masa belajar dengan KEMAS, baju yang aku jahit tak ebrapa sedap dipakai tapi dengan belajar kat Kak Maria, baju yang aku jahit sedap di pakai dan selesa. Walaupun berbayar tapi aku puas hati.

Sehingga kini aku tak pernah menghantar baju untuk jahitan...baju aku jahit sendiri termasuklah anak-anak. Mungkin tak cantik pada orang tapi yang penting selesa dan free. Jahitan yang boleh aku ialah baju kurung, kebaya, kurung moden, kemeja, baju melayu dan seluarnya serta langsir.

Menjahit ni memberi aku satu keseronokan...sekurang-kurangnya aku dapat berkarya. Walau pun begitu aku menjahit ni ikut mood.....kalau tak kena dengan arasa tak menjahitlah aku. Kadangkala baju-baju ni dah beli awal sebelum puasa tapi kalau mood tak ada sorry.

nak cantikkan baju boleh tmbah dengan sulaman manik. Satu aje hasrat aku yang belum dipenuhi ialah menjahit sulaman...........................

No comments:

Post a Comment