Monday, July 9, 2012

KUIH BAKAR DURIAN



Semalam tiba2 rajin nak buah kuih....tengok dalam peti ais ada 2 bungkus durian yang dah 2 minggu di beli di Tesco. Dah lama merancang nak buat kuih ni tapi tak ada sebab sibu sana sini, kursus dan macam2 lagi. Akhirnya dengan penuh semangat berjaya menghasilkan 11 biji kuih bakar durian melalui 3 cawan durian. Mua membuatnya dari jam 12 tgh hingga jam 7.00 mlm. Ini merupaka resepi my mom...sangat sedap.

Bahan-bahan :-

1 cawan isi durian
1 cawan gula
1 cawan santan
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum, ikut kesesuaian


Cara-cara
  • isi durian di kisar bersama gula, santan dan telur sehingga hancur.
  • masukkan tepung dan di kisar sehingga sebati
  • gula boleh di tambah jika ingin manis
  • begitu juga tepung, boleh di tambah mengikut kesesuaian. jika terlebih tepung boleh tambah santan sedikit tetapi jangan hilang rasa durian
  • sapukan minyak kelapa atau margerin pada acuan dan panaskan seketika. sebelum itu panaskan oven selama 10 minit, gunakan api atas dan bawah
  • keluarkan acuan dan masukkan adunan hingga paras acuan dan bakar lebih kurang 10 - 15 minit, bergantung kepada jenis oven. suhu 190 C
  • jika suka boleh tambahkan pewarna kuning


No comments:

Post a Comment