Hari ni cuaca agak redup dan hujan...tak tahu nak buat apa2. Terasa relax yang amat sangat. Teringat kat almari banyak coklat dan terasa nak makan kek coklat. So cubalah resepi kek coklat moist mat gebu. Setalah siap dibancuh kukus atas dapaur gas, rupa2 air dalam periuk kukus kering dan melobangkan bekas plastik yang digunakan untuk mengukus kek coklat. alhamdulillah kek tak jadi apa2. Lepas tu buat topping, anak2 suka sebab lama tak makan dan rasanya yg sedap. Terima kasih Mat Gebu...
Bahan-Bahannya :-) 1 3/4 cawan tepung gandum* 1 cawan serbuk koko* 1 1/2 camca teh baking powder* 1 camca teh soda bicarbonate* 1/2 camca teh garam halus*(*disatukan, gaul dan diayak) 1 3/4 cawan gula halus 3 biji telur gred A 1 cawan minyak jagung/sayur 1 camca teh esen vanilla 200 ml susu cair* 1 cawan air panas* 1 camca teh nescafe*(*disatukan dan kacau hingga sebati) Cara membuatnya :-)
- Dalam mixing bowl, masukkan bahan diayak dan gula halus. Gaul hingga rata. Masukkan telur satu persatu dan putar. Tuang bancuhan susu perlahan2 sambil terus memutar hingga sebati.
- Putar hingga gula hancur dan adunan kembang. Kemudian masukkan minyak jagung/sayur dan juga esen vanilla. Gaul rata. Tuang dalam tin berukuran 10 inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
- Kukus atas air mendidih selama 1 jam. Sejukkan kek sebelum dihidangkan, kalau suka boleh dituang ganache dan dihias dengan ceri.
- CATATAN MAT GEBU :- Balut penutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitik atas permukaan kek. Gunakan api sederhana semasa mengukus.
No comments:
Post a Comment